Tuesday, July 17, 2012

Artis tempatan dulu dan sekarang

Boleh caya ke statement dorang ni? ada yang mengaku dan ada yang x nak mengaku yg dorang amik suntikan sama ada vitamin C atau suntikan Botok. Suntikan Vitamin C diharuskan untuk orang Islam kalau niat kita untuk memperbaiki kulit yang kusam dan untuk kesihatan yang lebih baik. Suntikan Botok pula telah diharamkan penggunaannya... so semuanya atas dasar niat kita... wallahualam...


IFA RAZIAH
“Saya tak malu mengakui ada mengambil suntikan Vitamin C untuk mencantikkan kulit. Tiada salahnya kerana ia tidak mengubah apa-apa. Tetapi bukan semudah itu saya lakukannya. Saya tetap dapatkan pandangan mereka yang terbabit dalam bidang agama, selain bertanya doktor pakar. Saya tidak mahu kerana ghairah untuk cantik, akhirnya badan sendiri yang binasa. Saya tidak kesal sekali pun terpaksa mengeluarkan bajet besar untuk memelihara kecantikan. Saya cuma menjaganya dengan lebih baik. Alhamdulillah, beberapa hari selepas mengambil suntikan itu, saya sudah nampak kesannya. Kulit saya segar dan bercahaya. Mungkin tidak secantik artis lain, tetapi saya dapat rasakan perubahan itu. Apabila sudah cantik, saya berusaha pula untuk mempertahankannya dan tidak perlu lokek keluar belanja kerana kecantikan ini bukan untuk orang lain, diri sendiri dan juga suami.”

ROHANA JALIL
“Kecanggihan teknologi harus digunakan selagi ia tidak memudaratkan pengguna. Sudah empat tahun saya mengamalkan suntikan Vitamin C dan kolagen selain mengambil pil hormon seperti primrose oil untuk kekal cantik dan melambatkan penuaan. Saya belum tengok bagaimana rupa Botox! Saya berpuas hati dengan penampilan baru, selain kedutan hilang, kulit semakin licin. Jangan biarkan diri rasa tidak selesa apabila orang memandang. Sebagai artis, walaupun penampilan saya bukan lagi seperti awal dulu, sekurang-kurangnya orang masih memandang saya hari ini. Tidak kurang juga mereka yang bertemu saya akan berkata saya nampak lebih muda.”

ANITA SARAWAK
“Saya tidak menggunakan Botox pada muka saya dan saya tidak akan merosakkan wajah semata-mata untuk kelihatan lebih cantik dan muda. Kulit wajah akan kelihatan agak pelik dan suntikan serum itu dan boleh merubah bentuk asal mata, hidung dan wajah seseorang. Sejak kecil ibu sudah mendidik saya untuk menjaga kecantikan tubuh dan wajah. Sehingga kini selepas berusia 54 tahun saya sentiasa mengamalkan rawatan spa kerana ia adalah suatu rawatan yang cukup istimewa untuk wajah saya.”


               Dulu                                         Sekarang

NANU BAHARUDDIN
“Apabila saya tampil dalam jurucakap produk Kayla suatu ketika dulu, memang wajah saya juga kembali muda namun ada desas-desus menuduh saya menyuntik Botox dan melakukan pembedahan plastik pada muka! Saya masih waras. Setiap inci perubahan yang berlaku pada diri saya, dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah `keajaiban’ produk itu. Sekiranya masih ada yang menuduh saya menyuntik Botox pada wajah atau pakai susuk, mereka silap.”

No comments:

Post a Comment