Tuesday, July 17, 2012

Artis tempatan dulu dan sekarang

Boleh caya ke statement dorang ni? ada yang mengaku dan ada yang x nak mengaku yg dorang amik suntikan sama ada vitamin C atau suntikan Botok. Suntikan Vitamin C diharuskan untuk orang Islam kalau niat kita untuk memperbaiki kulit yang kusam dan untuk kesihatan yang lebih baik. Suntikan Botok pula telah diharamkan penggunaannya... so semuanya atas dasar niat kita... wallahualam...


IFA RAZIAH
“Saya tak malu mengakui ada mengambil suntikan Vitamin C untuk mencantikkan kulit. Tiada salahnya kerana ia tidak mengubah apa-apa. Tetapi bukan semudah itu saya lakukannya. Saya tetap dapatkan pandangan mereka yang terbabit dalam bidang agama, selain bertanya doktor pakar. Saya tidak mahu kerana ghairah untuk cantik, akhirnya badan sendiri yang binasa. Saya tidak kesal sekali pun terpaksa mengeluarkan bajet besar untuk memelihara kecantikan. Saya cuma menjaganya dengan lebih baik. Alhamdulillah, beberapa hari selepas mengambil suntikan itu, saya sudah nampak kesannya. Kulit saya segar dan bercahaya. Mungkin tidak secantik artis lain, tetapi saya dapat rasakan perubahan itu. Apabila sudah cantik, saya berusaha pula untuk mempertahankannya dan tidak perlu lokek keluar belanja kerana kecantikan ini bukan untuk orang lain, diri sendiri dan juga suami.”

ROHANA JALIL
“Kecanggihan teknologi harus digunakan selagi ia tidak memudaratkan pengguna. Sudah empat tahun saya mengamalkan suntikan Vitamin C dan kolagen selain mengambil pil hormon seperti primrose oil untuk kekal cantik dan melambatkan penuaan. Saya belum tengok bagaimana rupa Botox! Saya berpuas hati dengan penampilan baru, selain kedutan hilang, kulit semakin licin. Jangan biarkan diri rasa tidak selesa apabila orang memandang. Sebagai artis, walaupun penampilan saya bukan lagi seperti awal dulu, sekurang-kurangnya orang masih memandang saya hari ini. Tidak kurang juga mereka yang bertemu saya akan berkata saya nampak lebih muda.”

ANITA SARAWAK
“Saya tidak menggunakan Botox pada muka saya dan saya tidak akan merosakkan wajah semata-mata untuk kelihatan lebih cantik dan muda. Kulit wajah akan kelihatan agak pelik dan suntikan serum itu dan boleh merubah bentuk asal mata, hidung dan wajah seseorang. Sejak kecil ibu sudah mendidik saya untuk menjaga kecantikan tubuh dan wajah. Sehingga kini selepas berusia 54 tahun saya sentiasa mengamalkan rawatan spa kerana ia adalah suatu rawatan yang cukup istimewa untuk wajah saya.”


               Dulu                                         Sekarang

NANU BAHARUDDIN
“Apabila saya tampil dalam jurucakap produk Kayla suatu ketika dulu, memang wajah saya juga kembali muda namun ada desas-desus menuduh saya menyuntik Botox dan melakukan pembedahan plastik pada muka! Saya masih waras. Setiap inci perubahan yang berlaku pada diri saya, dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah `keajaiban’ produk itu. Sekiranya masih ada yang menuduh saya menyuntik Botox pada wajah atau pakai susuk, mereka silap.”

Adira AF8 Suntik Vitamin C Untuk Cantik?

Patutla kulit Adira sekarang semakin putih dan gebu... tak da rahsia lagi... hanya dengan suntikan Vitamin C jer boleh membuatkan kulit anda cerah dan kelihatan bersinar2. Vitamin C bukan hanya mencantikkan kulit malahan membuatkan kulit anda lebih sihat.

KUALA LUMPUR – Naib Juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Adira, dikatakan sering mendapatkan suntikan Vitamin C bagi mengekalkan kecantikan agar kulitnya kelihatan sentiasa bersih, cerah dan licin.
Menurut laman hiburan terkenal, Murai.com, sumbernya memberitahu bahawa Adira atau nama sebenarnya,  Siti Adira Suhaimi, sanggup berbelanja lebih RM300 untuk kelihatan cantik, termasuk suntikan kosmetik tersebut.
“Murai Batu tidak hairanlah apabila mendapat tahu, naib johan Akademi Fantasia 8 (AF8), Siti Adira Suhaimi atau Adira telah membelanjakan lebih RM300 sebulan semata-mata untuk cantik.
“Dengarnya, setiap bulan Adira akan mengambil suntikan vitamin C untuk mengekalkan kulitnya agar sentiasa putih dan licin,” tulis wartawan laman hiburan tersebut di ruangan gosipnya baru-baru ini.
Hasilnya, kulit Adira dikatakan lebih halus dan cerah kini berbanding ketika awal pembabitannya di dalam industri hiburan menerusi program realiti anjuran Astro tersebut.
Laman hiburan itu turut menyiarkan dua keping gambar Adira ketika mula menyertai AF8 dan gambar terkininya yang jelas lebih cantik bagi tatapan para peminat membandingkan kecantikan selebriti muda itu. – Mynewshub.my

Pengakuan Ziana Zain

Ziana Zain salah seorang artis yang menyuntik vitamin c dan kolagen. Suntikan Vitamin C dan kolagen ini bertujuan untuk memperbaiki struktur kulit muka yang telah mati dan rosak. Meratakan warna kulit yang gelap agar nampak lebih cerah, gebu dan berseri-seri.

Ziana Zain ingin juga mengikut sesetengah artis lain dengan pengakuan menyuntik kolagen di wajahnya untuk mengelak dipandang semakin tua. Pendedahan yang dibuat melalui portal Murai.com.
“Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botoxsebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat“.
Dia juga mengakui tentang dunia hiburan yang memerlukannya cantik walaupun sudah berusia 45 tahun. Itulah hiburan.
Ziana Zain membuat suntikan kolagen dan untuk menguatkan hujah, kini wanita 20-an juga menyuntiknya dan di usia tersebut dia tidak melakukannya. Untuk membolehkan lagi dirinya menyuntik kolagen, dia berkata dia menyelidik melalui pembacaan. Juga bukan secara suka-suka dan juga amat serasi dengannya. Hujahnya dikuatkan dengan berkata kolagen sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan kini dan bukannya menjadi perkara besar pun.
Promosi Ziana Zain juga berkesan dengan mengatakan wajahnya semakin segar, kulit kembali tegang dan dapat meremajakannya semula. Alhamdulillah selepas menggunakannya wajah saya tampak segar, kulit muka saya kembali tegang dan ianya nyata telah mengembalikan keremajaan saya.”